BAWANG

Wednesday, 25 May 2011

Hati Bengkak ?-,-'' (Hepatitis A)

hari tuu . hepatitis B ken ? harinie  nak kongsi hepatitis A pulak ,

Hepatitis A
Apakah jangkitan Hepatitis A?
Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor 
yang menyebabkan hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah 
satu daripadanya. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis samada
 secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis memberi kesan yang besar
 ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A 
disebabkan oleh virus hepatitis A, 
Apakah gejala dan tanda – tandanya?
Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A 
selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit s
etelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa 
sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala lebih). 
Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. 
Walaubagaimanapun, pesakit yang tidak menunjukkan gejala masih boleh 
menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam najis individu yang
 dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula.
Gejala dan tanda-tanda termasuk :
  • Hilang selera makan, loya
  • Demam
  • Muntah-muntah
  • Kesakitan pada perut
  • Keletihan
  • keputihan
  • pening - pening
Di negara membangun, kebanyakan penduduk terdedah pada jangkitan s
emasa kecil dengan atau tanpa gejala.
Adakah terdapat komplikasi? 
Tiada komplikasi jangka masa panjang untuk hepatitis A.Walau bagaimanapun,
 hepatitis A boleh memberi kesan yang serius pada warga tua di mana mereka 
memerlukan rawatan di hospital.so warga muda boleh laa sembuh
Adakah terdapat rawatan khusus ? 
Tiada rawatan khusus bagi Hepatitis A. Rawatan am ialah:
  • mendapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air
  • elak daripada minum alkohol
Bolehkah Hepatitis A dicegah?
Hepatitis A boleh di cegah melalui :
  • Menjaga kebersihan diri
  • Gunakan bekalan air yang bersih
  • Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan
  • lebihkan makan buah buahan
Immunisasi vaksin Hepatitis A boleh mencegah jangkitan Hepatitis A secara efektif.
 Ia memberi 
perlindungan selama 12 bulan bagi dos yang diambil
 pertama kali dan 10 tahun selepas 
dos yang kedua. Vaksin Hepatitis A disyorkan kepada golongan 
berisiko tinggi termasuklah :
  • Golongan yang melancong ke negara sedang membangun
  • Pekerjaan berisiko tinggi, contohnya; bidang kesihatan, 
  • Golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi
  • Pusat jagaan kanak-kanak 
  • Individu yang mempunyai penyakit hati yang kronik.





No comments: